Wednesday, May 21, 2014

THANKSZ BRO

Asslamualaikum and Hola!!!

Entri kali ni just chill n rileks jer.. Takde heavy topic or quotes or some sort of puisi, sajak bagai.. Alhamdulillah, sejak kematian nenek yang tercinta 2 bulan lepas, rasenya SHIRA dah boleh cool down sikit... Dah boleh bernafas macam biase. Takde rase sesak nafas, rase macam dunia ni penuh dengan manusia sampaikan kat dalam parit tepi rumah tu pun penuh dengan manusia.

Banyak masalah, ujian serta dugaan yanng ALLAH turunkan serentak kat SHIRA. Die bagi selonggok habis.. Tu yang entri-entri sebelum ni berpuisi bagai.. Tak boleh nak cerita, so just describe it dalam bentuk puisi, sajak and other sort of things yang korang rase nak panggil lah..

Tapi Alhamdulillah, sepanjang tempoh menghadapi dugaan yang rasenya macam nafas dah sampai tahap tekak, rase macam bile-bile masa boleh masuk hospital gile, ader je member-member and kawan-kawan yang sudi mendengar luahan, mencari penyelesaian dan membantu meringkan beban yang dipikul.. Thanks to you.. You know who you are.. I don't think I need to mention your name..

For those yang nampak aku selalu kat kelas, korang mesti pelik.. Bile pulak SHIRA ni ader masalah? Hah!! Itulah kelebihan aku.. Pandai menyorokkan masalah dan hanya pandai tersenyum, tersengih dan ketawa kadang-kadang kuat jugaklah sampai tak ingat dunia.. Hahaha...

Seriously, untuk STALKER-STALKER tegar SHIRARAZZI, walaupun korang tak sedar, sebenarnya korang turut sama membantu meringankan kepala ni daripada asyik memikirkan masalah-masalah duniiawi ni.. Thanks guys.. :) Yang ni pun aku rase aku tak perlu mention.. Korang tau sape diri korang kan??? *winkwink..

Lastly nak cakap, walau sekuat mana pun dugaan dan cabaran yang TUHAN bagi kat korang, just chill and rileks bro.. Tuhan takkan bagi dugaan yang melebihi kemampuan. Yang penting, jangan simpan sorang-sorang.. Nanti boleh jadi giler... :) Kalau tak boleh cerita, kita menulis.. Luahkan melalui segala medium yang ader... Dunia dihujung jari kan sekarang ni.. No worries... Just chill and rileks...

Hadith Riwayat Ibnu Hibban, Rasulullah pernah bersabda setelah ditanya oleh sahabat:

“Siapakah orang yang paling banyak sekali terkena ujian?” Jawab baginda: “Nabi dan seterusnya orang yang sumpama mereka. Maka barangsiapa yang tebal imannya, nescaya banyaklah ujian yang akan menimpanya dan barangsiapa yang lemah imannya sedikit pula ujiannya.”

Ada disebut dalam buku La Tahzan, Dr. ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni:

“Jangan bersusah hati sebab ia hanya akan membuatmu lemah dalam beribadah, malas untuk berjihad, putus harapan dan mengheretmu untuk berburuk sangka. Jangan berdukacita, sebab rasa sedih dan susah hati ialah akar kepada pelbagai penyakit jiwa, punca penyakit saraf, penghancur jiwa dan penyebar keraguan & kebingungan.”
Jangan ambil jalan mudah. Orang Islam ada 1001 cara untuk hilangkan kesedihan. Tidak kisah berpunca disebabkan apa sekali pun.

Surah Al-Taghabun, ayat 11:

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ
وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. “

Potongan ayat 286, Surah Al-Baqarah:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…”

Fahamilah, segala musibah itu datangnya dari Allah sebagai satu ujian. Tetapi, Allah tidak akan membebani hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hamba-Nya. Betapa Pemurah & Penyayangnya Allah S.W.T.


Potongan ayat 87, Surah Yusuf:

يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ

“..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."

No comments:

Post a Comment