Das-das tembakan yang di keluarkan oleh minda
membuatkan aku terimbau kembali kenangan
lena yang sementara
akhirnya menjadi lena yang berpanjangan
ku lihat bayangan
berjalan memenuhi kotak pemikiran dan rumah
membuatkan aku memuntahkan segalanya
ku rindu
aku tidak mahu lagi
mengalirkan air sungai
dari kolam mata
aku memerlukan ketabahan
kekuatan
agar aku tidak menjadi seperti suatu ketika
di mana mereka memanggil diriku
sebagai zomba bergerak
masa akan memulihkan segalanya
tapi aku tidak akan mampu melupakan
No comments:
Post a Comment