Monday, March 31, 2014

LEDAKAN KEBENARAN

Setelah kau pergi
satu ledakan demi ledakan
satu persoalan demi persoalan
satu penyataan demi penyataan
satu pembohongan demi pembohongan
satu kebenaran demi kebenaran
Keluar, terbentang depan mata

tapi, aku akan mencari kebenaran
nantikan segalanya
sape yang akan terkejut
sapa yang berada di pihak yang benar
sape yang akan menang...

JUST WAIT AND SEE!!!

Monday, March 24, 2014

KAU MENINGGALKAN KU

mendambakan cinta ini
hanya kekalnya dengan-Mu
tapi kudrat tak di tanganku

padamu
kualunkan rindu ku
sayang jadi sendu
tinggalkan lara

di akhir
kali pertemuan pilu
sekiranya ku tahu kau meninggalkan ku
akan ku luangkan lebih masaku BERSAMAMU

Ku rela...
dikau pergi..
berada disisi-NYA
semoga kau tenang disana

segaris nada rindu
hilang jadi sendu
di akhir
kali pertemuan pilu

kau menangis dalam lena
apabila kau mendengar nama ku
aku tersedu
menggigil
lari meninggalkan-MU

aku tidak sanggup memandang dirimu
dalam keadaan terlena
mata yang mengalirkan air jernih itu
turut membuatkan aku........

Saturday, March 22, 2014

KU RINDU

Das-das tembakan yang di keluarkan oleh minda
membuatkan aku terimbau kembali kenangan
lena yang sementara
akhirnya menjadi lena yang berpanjangan

ku lihat bayangan
berjalan memenuhi kotak pemikiran dan rumah
membuatkan aku memuntahkan segalanya

ku rindu
aku tidak mahu lagi
mengalirkan air sungai
dari kolam mata

aku memerlukan ketabahan
kekuatan
agar aku tidak menjadi seperti suatu ketika
di mana mereka memanggil diriku
sebagai zomba bergerak

masa akan memulihkan segalanya
tapi aku tidak akan mampu melupakan

Monday, March 17, 2014

KAU

kasih sayang yang berpura-pura
kasih sayang yang ikhlas
kasih sayang dalam kelembutan
kasih sayang bermakna?

hanya engkau yang tau
dimanakah letaknya
dirimu.....

serabut memikirkan hal dunia
tidak pulak kau fikirkan akhirat?
terdetik kah kau
walau seketika
di hati mu
di lubuk paling dalam
"betulkah apa yang aku buat ni??"

jawapannya hanya pada KAU..

Sunday, March 16, 2014

HATI INI



Hati ini resah
Hati ini pilu
Hati ini sakit
Hati ini menangis
Hati ini bergelora
Hati ini berkocak
Hati ini hilang kegembiraan

Minda ini bercelaru
Minda ini jauh
Minda ini sesak
Minda ini penuh

Segalanya diragut begitu sahaja
Pemergianmu merentap segalanya
Kebahagiaanku
Kebahagiaan mereka
Musnah
Hancur
Sekelip mata
Yang mampu tinggal
Yang berada disisi
Hanya KESEDIHAN
KEPERITAN
KENANGAN
KEPAYAHAN

Tapi, ALLAH takkan menduga melebihi batas
Batas kemampuan seorang insan itu sendiri
Kekuatan
Kecekalan
Keberanian
Diperolehi dari-Mu
Doa
Mengadu
Menangis
Hanya pada-Mu

Tuesday, March 11, 2014

BERLAKON

Dikala hati semua sedang bergembira
ada hati sedang berduka
usah ditanya mengapa
usah disoal siapa

#kerisauan
#terkenang
#menanti
#memori

hati ini sedang berduka
menangis
meratapi
semuanya ketentuan

bilakah masanya
menanti
dan masih terus 
menanti

keseorangan
tidak mampu
YA ALLAH
secebis kekuatan
untuk kekal tabah
berlakon
dan berlakon
seperti semuanya
biasa sahaja

Monday, March 10, 2014

HOPING





Ya ALLAH...
Jika itu mmg tkdir 
itu mmg ketentuan-MU
aku redha

tapi, jujur dalam hati
aku tidak bersedia
Ya ALLAH
permudahkanlah
janganlah kau sulitkan
kau terangkanlah ape yang gelap
kau mudahkan ape yang susah
kau kuatkan ape yang lemah

banyak kenangan bersama
aku tidak bersedia
untuk berpisah selamanya
jika itu mmg tkdir-MU
ku pohon secebis kekuatan
kau berikan kepadaku
kau berikan kepada keluargaku

mungkin hati ini pernah terdetik
perkara yang tidak sepatutnya
tapi ketahuilah bahawa
itu bukan maksud sebenar
hanya hasutan syaitan durjana 
mainan emosi dan perasaan

HOPING THAT YOU WILL GET WELL
PLEASE BE AWAKE