Saturday, January 12, 2013

KIMCHI


Assalamualaikum dan Hola!!!

Hari ni SHIRA nak cerita tentang pengalamann SHIRA dokk buat kimchi.. J Seronok tengok movie korea yang dorg dok makan kimchi tu… Teringin plak.. hari dah buat, tp mmcm tk jadi pulak.. Kali ni SHIRA dah try buat lgi sekali and this is the result.. J



Antara bahan-bahan dia :
KIMCHI

Bahan:
  • 1 buah sawi putih, cuci bersih
  • 2 sdm garam
  • 1/2 sdm bawang putih parut
  • 1 sdm cili giling
  • 1/2 sdt gula pasir
  • 1 sdt serbuk cili
  • 1 sdm air jeruk lemon
  • 1 sdm garam
  • 1/2 sdt halia, parut
  • 1/2 sdt kicap ikan



Cara membuat kimchi:
  1. Buka kuntum daun sawi, kemudian taburkan garam pada setiap kuntumnya
  2. Biarkan selama 6 jam. Baru kemudian dicuci bersih
  3. Setelah itu, potong-potong sawi sepanjang 4 cm
  4. Campur sawi dengan bawang putih, clii giling, serbuk cili, air jeruk, halia parut, kicap ikan, dan garam
  5. Biarkan semalaman dan kimchi siap dinikmati


bahan-bahan sos.. 2 sdm cili kering yang dah digiling (sebab xada cili korea so guna cili kering..rasa pon sama jer ) 2 sdm sos ikan. 1 sdm gula perang 1 sdm garam 1 batang daun bawang 3 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 3 cm halia (lebih kurang lah)

Cara-cara

proses pemeraman.... 1. basuh kobis panjang dengan bersih dan potong sepanjang 1 inci 2. gaulkan kobis panjang dengan garam dan biarkan semalaman
proses pembikinan sos.. 1. kisar bawang putih, bawang besar dan halia 2. hiris daun bawang 3. gaulkan bahan kisaran dengan cili, sos ikan, garam, gula perang, dan daun bawang biarkan selama setengah jam..
proses campur sos dan kobis panjang.. 1. guna sarung tangan campurkan sos dan kobis..pastikan semua kobis bersalut dengan sos. 2. masuk dalam Tupperware dan biarkan selama 4 hari dalam peti sejuk..dan boleh makan..
kalau korang suka pedas tambah cili, korang rasalah sos tuh ikut perasaan hati nurani korang eh..agak2 xcukup masin ker, pedas tambah sendiri ok..selamat mencuba..dah cuba sila beritahu yer..


2 comments: