Monday, January 20, 2014

KEM KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN 2014 (KKKS 2014)


Assalamualaikum and Hola!!!

Setelah sekian lama tidak mencoret di blog ini, sekarang terdetik pula untuk menceritakan mengenai Kem Kepimpinan Keusahawanan 2014, yang SHIRA pergi baru-baru ni pada 13-15 Januari 2014 betempat di D'Nelayan Beach Resort...

Pada mulanya, SHIRA tak teringin and tak terfikir pon nak pergi kem-kem macam ni.. Apetah lagi bukan dengan my geng.. Biasenya kalau travel ke, camping ke, hiking sekalipun, mesti ngn geng foresterlicious... Tapi kali ni berbeza... Kisahnya macam mane SHIRA boleh terjebak dengan kem ni adalah disebabkan oleh my roomate.. Time tengah study malam tu sebab ader paper next morning, roomate tetibe jer tanya nak g kem ke tak.. SHIRA kate nanti SHIRA fikir dulu.. Sebab biasenya, habis je exam, mmg terus balik rumah.. Tapi, die punyalah pandai, instead waiting for my decision, die terus bagi name penuh, num matrik and others related info. SHIRA mampu tergelak jer and tak ambik kisah pun.. Then, suddenly dapat call dari pihak CEM, UPM stated that SHIRA kena pergi pejabat CEM and settlekan payment.. Hahaha... Time tu, baru terfikir yang "habislah kau SHIRA, kau takleh nak buat ape pun. Kau kena pergilah kem tu jawabnya."  




Tiba pada hari yang ditunggu-tunggu, 13 Januari 2014 (tunggulah sangat)... Kiteorang dapat mesej yang menyatakan we should bring either baldi, penyapu, penyodok sampah or feather duster.. Aish, dalam hati dok fikir... Ape bndalah ni semua ni.. Nak berbaldi-baldi bagai.. Macam kem hutan pulak rasenya ngn baldi-baldi ni... SHIRA bawak feather duster for your info.. :) Kumpul pukul 7.30 pagi dekat KAA, lepas sarapan kami semua bertolak ke Melaka.......


Akhirnya sampai Melaka!!! Sampai-sampai ajer, kiteorang diberi sedikit taklimat ringkas then dapat makan lunch.. After lunch, kiteorang dapat bilik masing-masing which a room consist of 6 people with 4 single bed and complete with tv and air conditioner..  Hmmm... Nice.. :)  Lepas dah bersihkan diri, solat, kiteorang ader sesi ice breaking.... Ice breaking kali ni yang paling unik yang pernah SHIRA join.. Ice breaking die bukan sekadar kenalkan name, asal, umur semua tu, tapi kiteorang kena buat PUBLIC SPEAKING... Hah!! Hambik kau.. Tak pernah dalam sejarah hidup pergi kem sejak dari darjah 3 lagi, Ice breaking die public speaking.. SHIRA dapat tajuk "RASUAH : Kesannya kepada Negara." and we need to talk about 3 minutes.. Alhamdulillah, everything goes well and SHIRA dapat cerita pasal tajuk tu dengan fluent... :p Kalau tak salah, petang tu kiteorrang kena buat questionnaire and interview penduduk sekitar kawasan resort yang kiteorang tinggal tu.. Nak tau tentang pendapat masyarakat sekarang pasal ekonomi negara.. This is not the first time SHIRA buat questionaire, so there is no problem with it. Alhamdulillah...

Then, next day pagi-pagi lagi sebelum pukul 6.00 pagi, kiteorang kena berkumpul dekat dewan makan.. Dalam hati dok fikir.. "Aisyyhh, sebelum 6 pg? Ni kem Wildlife ke ape? Kem wildlife sebelum kol 6.00 pg dah kena melapor and masuk dalam hutan nak pergi checkpoint masing-masing untuk pasang net... (nnt SHIRA citer pasal kem ni yer.. )." Redho jelah.. Dalam pukul 5.00 pg, kiteorang semua dah bangun and bersiap.. Tepat pukul 6 pg, kiteorang dah kumpul dekat dewan makan.. Owh, lupe plak nk mention yang dewan makan tepi laut.. Hahaha.. Best sgt tgk laut pagi-pagi.. Tepat je pukul 6 pg, kiteorang pon berkumpul and solat dekat tepi laut. Hmmm.. Satu perasaan yang lain bila sembahyang dekat pesisiran laut, dengar air laut and ombak beralun.. Perasaan tenang yang tak dapat digambarkan melalui kata-kata kecuali kalaulah kite merasainya sendiri... Sebelum ni sembahyang dekat dalam hutan, atas bukit.. Tapi, kali ni tepi laut.. Lepas siap je solat, ader sedikit tazkirah dari abg hafiz. After that, kiteorang pakai pakaian riadah and kena bawak kain batik or kain pelikat masing-masing. Rupanya kiteorang main bola sepak pantai dengan pakai kain pelikat.. Hahaha.. Kelakar.. Ni first time experienced.. Sebelum ni tengok dekat t.v je and never expect to try this game.. Ade yang rupe mcm pendekar, ade yang macam pak cik - pak cik, ade yang macam pompuan melayu terakhir and ader je yang macam hang tuah pun ader.. What a nice game.. :) Dengan peraturan yang pelik-pelik macam tiang gol boleh bergerak lah bagai, ape lagi... Memang tiang gol asyik lari jer and tutup tak penah nak bukak-bukak..




Petangnya, kiteorang dah diberikan kumpulan and ader presentation tntang logo, cheers, visi and misi dari setiap group.. My group members are ARIF, ZUL, HAFEZ, TIQA, IKIN and LIZA..  Our group name is S3... Lepas siap presentation, kiteorang dapat tajuk untuk our mega project tahun 2014.. Kiteorang kena bincang and buat kertas kerja... Setiap group dapat projek masing-masing.. Then we had our EXPLORACE.. Ni first time join explorace yang rileks and lngsung tk berpeluh.. Tapi, kiteorang tetap basah.. How??? One of the task required us to get into the swimming pool and look for a coin. Tpi, kiteorang ni punyalah malang, terjun dalam kolam tu, kena buat grenade tapi tk jumpa-jumpa jugak. Rupanya, ader budak-budak yang dah amik semua duit dalam tu.. Ciss... In the end, semua group kena berkumpul and terjun dalam kolam renang tu. So, kite enjoy!! Lepas main dalam kolam renang, kiteorang kena kumpul dekat tepi laut. Then, kena grenade plk kat pasir.. Hahaha.. Habis badan bersalut pasir.. After that, kiteorang terjun dalam air laut!!! Fuiyoo.. Dapat mandi laut.. Tak cukup dengan tu, kiteorang ader permainan bina sand castle.. Hahaha.. Memang enjoy lah sepanjang petang tu... (p/s : seriously grenade ni buat aku teringat kat kem hutan aku yang kena grenade setiap mase sepanjang 2 minggu kt sane..)

Malamnya, kiteorang dapat task baru lepas main aktiviti cari pasangan anda, tanpa menggunakan mulut.. Tasknya cipta topi doraemon.. Topi yang tak masuk akal and berbagai fungsi.. Kena promote topi dengan iklan and jual topi tersebut with a reasonable price. Hahaha.. Group kiteorang yang kena pakai topi bertuah tersebut adalah Hafez... Macam gambar kt bawah ni...



Last day kiteorang dekat sini, lepas sarapan pagi, kiteorang kena bentangkan kertas kerja and segala belanjawan semua.. Lepas pembentangan kiteorang naik bilik and kemas barang.. Then, kumpul balik and we have a sharing sessions. Before that, ade sesi SURAT CINTA.. Untuk sesi ni, setiap orang diberi sampul dan dikehendaki menulis name.. Then, sampul tersebut akan disusun dekat depan.. After that, kiteorang diberi kertas kosong and tulis surat kepada orang yang kita nak, then sorang-sorang bangun and isi surat tersebut dalam sampul yang ader name orang tersebut... Lepas lunch, kiteorang tangkap gambar bersama-sama and then solat then BALIK!!!!! Time balik, dorang semua menyanyi karaoke dalam bus.. So happening.. :)

Objektif kem ni sebenarnya nak melahirkan pemimpim dan juga usahawan yang berjaya. Sebenrnya SHIRA tak sangka akan dapat eexperienced and also input yang bannyak sangat dari kem ni.. Betul-betul mengejutkan.. Hmmm, so sekarang ni me and my roomate target nk g lagi kem-kem macam ni.. Gambate!!! Until we meet again.. :)






























Tuesday, December 3, 2013

CHIANG MAI AKU DATANG PART 1

Assalamaualaikum and Hola!!!

Lame rasenya tak mencoret di blog ni.. Banyak perkara yang dah berlaku sepanjang semester ini dan semester lepas yang dah berlaku, tapi tak sempat untuk diabadikan di dalam blog ni..

So, kali ni SHIRA nak update tentang trip kami ke CHIANG MAI, THAILAND selama seminggu time cuti pertengahan semester yang lepas. Time semua student balik and bergembira bersama keluarga di rumah, kami pergi melancong! :)

Ini ada video kompilasi hasil daripada IKIN SAGWA yang menceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku dan apa yang kami lakukan disana.. In Sha Allah, nanti bile SHIRA dah free sikit, SHIRA update dengan details yer.. :)

Enjoy it..



Monday, September 23, 2013

FRIENDS

Assalamualaikum and Hola!!!!

Setelah sekian lame tak menulis sebarang coretan dekat blog ni, tetibe hari teringin sangat nak meluahkan sesuatu sebagai tatapan umum.... 

Well seperti tajuk dekat atas, FRIENDS.... What does it means actually??? Orang selalu jer bercakap yang kawan biar beribu, bercinta biar satu.. Hahahaa.. Well, memanglah betul kawan tu biar beribu, tapi dalam beribu-ribu kawan yang kita ader sejak dari kite sekolah tadika sehinggalah ke universiti or kite kerja nanti, ada ke kawan yang sentiasa di sisi kita bila kita perlukan??? Berada di sisi kita saat kita susah, saat kita jatuh?? Bantu kita untuk bangkit dan mengumpul semula kekuatan tersebut???


Alhamdulillah.. SHIRA dah jumpa kawan-kawan tersebut yang diutuskan oleh ALLAH S.W.T untuk berada disamping SHIRA sewaktu SHIRA susah and jatuh.. Mereka bantu SHIRA untuk bangkit mencapai cita-cita... You know who you are.. SHIRA rase SHIRA tak perlulah sebut... Huhuhuhu.. Nanti korang malu pulak.. :P


And more more thing. Just a little reminder.. Dalam berkawan, janganlah kita biar ego menguasai diri kita.. Ego tersebut boleh memusnahkan persahabatan tanpa kita sedar.. Kalau ader salah faham, clearkan... Jangan nak pendam and buat assumption sendiri.. Perkara-perkara macam nilah yang boleh menjejaskan persahabatan dan ukhuwah yang dibina...

By the way, GIRLS..... I LOVE YOU.. :)

















In Sha Allah.. Segalanya akan SHIRA kenang walaupun nanti pada suatu saat kite semua dah tak bersama lagi.. :) Saranghae.. 

Thursday, July 18, 2013

KEM HUTAN PART 2

Assalamualaikum and Hola!!!

Ape khabar semua? Well, entri kali ni adelah sambungan daripada KEM HUTAN PART 1.. Hope enjoy it..

Lepas pasang semua khemah, kiteorang  kena bersihkan pulak tempat memasak sebab dorang potong pokok kat situ. Pergh, bergotong-royonnglah kiteorang.. After that, berkumpul kat dalam dewan pulak. Dalam dewan, first aktiviti yg dilakukan ialah pengenalan  kepada urus setia and fasilitator… Lepas tu, AJK Kem Hutan 2013 pun dipannggil keluar untuk perkenalkan diri sendiri.. Dekat dalam group SHIRA ader AJK Logistik and AJK Keselamatan. Waktu semua AJK kena panggil keluar tu, Penghulu pulak cramp time tu.. Kesian die.. Tapi, die still teruskan sesi tu… Habis jer sesi penngenalan semua tu, kiteorang ader aktiviti Kumpulanku.. Time nilah kiteorang dapat berkenalan dengan group members. My group members consist of Luqman, Anwar a.k.a panjang, Fadhil, Arnold, Akmal a.k.a pak usu, Asfaezzah, Hafiza, Lim, Fatihah and Aizzah… Then, kiteorang perlu cipta cheers, logo and name kumpulan serta lukisan karakter setiap ahli kumpulan. Kemuadiannya ader sedikit taklimat tentang SISFEC. Hari tu kiteorang tidur pukul 11.30 malam…

Keesokkannya, rutin yang sama berulang. Roll-call pukul 5.45 pagi, then lepas solat subuh semua, pukul 7.00 pg ader roll-call lagi sekali. Time nilah kena nyanyi lagu Negaraku and Putra Gemilang. Lepas tu kena buat sedikit senaman ringan. Habis jer buat semua tu, ader pulak Camp Management. Kena bersihkan kawasan sekitar camp mcm tandas, padang, tempat memasak, dewan and others... Timelah nak mandi, nak kemaskan kawasan kem, nak masak, nak makan… So, kena pandai2laah uruskan masa.. Tapi, kiteorang ni ader bad attitude. Selalu lambat.. Selalu kena marah.. Terima jelah.. Walaupun SHIRA ni selalu jer awal.. Hahahaha.. Ala, biaselh tuu.. So, program hari ke-2 ader leave no trace & asas pengurusan khemah, keselamatan & kesihatan di hutan, asas dan aplikasi tali, hhow and tips to survive in 14 days Forestry Camp.

Then, ader aktiviti kisah hidup bermula dari ibuku.. Huuhhuhu…. Modul ni dikendalikan oleh Kak Pah.. Sebelum start penerangan, kiteorang kena nyanyi lagu Oh Ibu!!! Pergh, sedih gilew sih time tu… Semua nyayi dengan penuh semangatlah. Tapi, bile tibe part yang tak tau tu, haahahaha semua nyanyi lallalalla then sambung nyanyi part yang tahu.. Dorang ni semua kelakar and happening.. Best… Lepas tu, barulah kiteorang meronda mengenali pokok ibu. Sampai jer 1 stesen ni kat Taman Herba, kiteorang kkena menyanyi lagi. Tapi kali ni penghulu yang nyayi dulu.. Lagu bunga Angkasa.. Hahhahaaha.. Karok lagi.. Then, ader aktviti pengemudian di lapangan and musika alam. Then mcm biase pukul 11.30 malam  jer semua dilepaskan tidur and sebelum tidur, ader group yang kena jaga sentry and lepas tu dapat password of the day..

Aktiviti ni diteruskan sehinggalah seminggu berlalu.. Untuk ttahu ape yang berlaku pada minggu ke-2, sila nantikan Kem Hutan Part 3, part last.. Hahahaa... :)

Friday, July 12, 2013

KEM HUTAN PART 1



Assalamualaikum and Hola!!!

Lamenya rase tak menulis dekat blog nikan? Huhuhu.. Ok, entri kali ni SHIRA nak tulis tentang my FOREST CAMP yang berlangsung selama 2 minggu dari 24 Jun 2013 sampai 7 Julai 2013, bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam (SISFEC).. Rasenya ramai dah tau pasal SISFEC nikan? Berdasarkan entri-entri yang SHIRA post sebelum ni… 



Alright, starting pada 24 Jun pagi tu, pukul 5.45 pagi SHIRA dah gerak dari rumah nak pergi ke UPM. Awal gilewkan?? Memanglah awals ebab kena kumpul pukul 7.15 pagi katenya and nak elak jammed. Then, sampai2 je UPM jam baru pukul 6.15 pagi. So, we decided to have an early breakfast dekat area UPM…  Kalau perasan, sebelum nak pergi dekat K10 tu, ada R&R kan? Kat situlah we all had our breakfast.. Lupe plak nak mention. Yang hantar SHIRA time tu just my mom and my dad.. So, pagi tu rase macam anak tunggallah pulak..Hahahahaha..

Ok, dalam pukul 6.45 pagi, kiteorang gerak g fakulti. Tapi takde orang lagi yang sampai. So, we all waited there sampailah pukul 7.20 pagi, barulah Nampak  orang. Klau tak, haram… Sorang pun tak sampai lagi.. Lepas tu, SHIRA suruh my parents balik dulu sebab kesian lame dah tunggu.. Lepas dorang balik jer, SHIRA masuk dalam fakulti and then wait for the others. Dalam pukul 7.40 pagi, ramai dah yang sampai. Lepas tu kiteorang masuk dalam dewan and have a little talk from En.Zul and Dr.Norizah. Lepas talk, kiteorang dapat sarapan and then diberitahu nilah makanan terakhir yang sedap akan kiteorang makan dalam masa 2 minggu ni. So, semua paksa diri untuk telan meehun goreng pagi tu..



Pukul 9 pagi, lori and bus pon sampai… Mesti ade yang wondering, kenapa ade lori pulakkan??? Lori tu tempat kiteorang letak segala beg and baldi kiteorang yang seramai 169 orang ni.. Perghhh, memang penuh sih!!! Terkejut tengok.. Then, perjalanan kiteorang semua pon bermula… Bergerak dari fakulti dengan 4 ke 5 buah bas menuju ke destinasi..Mula-mula tu tak rase ape-ape, tapi bila dah Nampak jer signboard SISFEC, terus perut rase sakit, nervous  semua ader.. Time ni, SHIRA teringat FORESTERLICIOUS… Macam-macam pesanan and nasihat yang dorang bagi and that’s make me strong walaupun SHIRA pergi sorang-sorang without them…

Akhirnya sampai di SISFEC. Lepas aktiviti memunggah segala beg-beg, kiteorang terus beratur dalam group.. Before pergi lagi kiteorang dah tahu group kiteorang yang mane, so senanglah pagi tu.. First, dorang soh ltk beg dekat tepi, then angkat soh letak depan, then suruh pulak alih letak dalam baris. Macam orang ape ntah pagi tu. Kerja dok mengalih beg jer.. Hahaha.. Lupe nak mention. Waktu nak berbaris tu, SHIRA nampak my friends ader certain yang jadi fasilitator macam Debbie, rakib and bella. Nampak jer Debbie, terus tersenyum and melambai dekat die.. Dahlah kiteorang pakai baju same..Baju FORESTERLICIOUS time tu.. Adoi, semua dak-dak lain pandang kiteorang. Kantoi.. Hahaha…

So, then kiteorang disuruh keluarkan barang-barang larangan yang tak dibenarkan bawak. Well, SHIRA pun keluarkanlah.. Lepas tu setiapfasilitator group kutip. Guess what???? Rakib jadi my group fasilitator.. Fuhhh!!! Tuhan jer yang tahu betapa lega nampak muka Rakib time tu.. Rakib pun datang kat SHIRA tanya whether  I’m ok ke tak, sebab die cakap muka nampak macam tak ok jer.. Then, banyak kali jugaklah die datang tanya my condition.. Bersyukur sangat-sangat time tu…  Then, Debbie datang, raja datang, semua tanya my condition.. Alhamdulillah, takdalah SHIRA rase lonely sgt dekatsana.. THANKS GUYS… YOU ARE ALL AWESOME..

Then, kiteorang kena pasang khemah mengikut group. Sebelum tu, ade demonstrasi cara—cara nak pasang and simpan khemah. SHIRA terpilih pulak untuk pasang khemah dekat depan time tu. Cisss!!!! Time nak pasang tu, aderlah dengar-dengar suara Rafie and Agusnan sebut, come on SHIRA… Ngenglah budak2 berdua ni.. Lepas tu kiteorang dipecahkan pada laki and pompuan.So, lepas berbaris, setiap orang sebut no dari no 1 sampai no 10. Itu no khemah kiteorang. Then, SHIRA dapat khemah no.5, same ngn kakWida, Mastura and Rosmiri.. Huhuhuhu.. Lepas dah siap pasang khemah, kiteorang dapat pulak camp bed.. Hmmm.. So, kiteorang bukan tidur kat atas tanah, tapi atas camp bed… Takdalah sakit-sakit belakang kiteorang.. Lega..

OKlah, sampai sini dulu entri kali ni, nantikan sambungan KEM HUTAN PART 2 pulak…



Monday, June 17, 2013

A LETTER TO FORESTERLICIOUS

Assalamualaikum and Hola!!!!

Hari ni SHIRA nak tulis surat untuk my friends or lebih dikenali sebagai FORESTERLICIOUS...


Guysz, you all rock.. :) Harap ukhwah yang terbina ni akan berkekalan sampai akhirat nanti.. Lastly, SHIRA nak wish korang semua good luck and do the best in this exam... :)