kasih sayang yang berpura-pura
kasih sayang yang ikhlas
kasih sayang dalam kelembutan
kasih sayang bermakna?
hanya engkau yang tau
dimanakah letaknya
dirimu.....
serabut memikirkan hal dunia
tidak pulak kau fikirkan akhirat?
terdetik kah kau
walau seketika
di hati mu
di lubuk paling dalam
"betulkah apa yang aku buat ni??"
jawapannya hanya pada KAU..
Seorang hamba Allah yang masih lagi mencari kebenaran kehidupan.. Seorang yang nampak kasar, brutal and maybe gangster pada sesetengah orang, tetapi mempunyai hati yang rapuh.. Kalau tolak atau disentuh, pecah ibarat gelas kaca dihujung tanduk..
Monday, March 17, 2014
Sunday, March 16, 2014
HATI INI
Hati ini resah
Hati ini pilu
Hati ini sakit
Hati ini menangis
Hati ini bergelora
Hati ini berkocak
Hati ini hilang kegembiraan
Minda ini bercelaru
Minda ini jauh
Minda ini sesak
Minda ini penuh
Segalanya diragut begitu sahaja
Pemergianmu merentap segalanya
Kebahagiaanku
Kebahagiaan mereka
Musnah
Hancur
Sekelip mata
Yang mampu tinggal
Yang berada disisi
Hanya KESEDIHAN
KEPERITAN
KENANGAN
KEPAYAHAN
Tapi, ALLAH takkan menduga melebihi batas
Batas kemampuan seorang insan itu sendiri
Kekuatan
Kecekalan
Keberanian
Diperolehi dari-Mu
Doa
Mengadu
Menangis
Hanya pada-Mu
Tuesday, March 11, 2014
BERLAKON
Dikala hati semua sedang bergembira
ada hati sedang berduka
usah ditanya mengapa
usah disoal siapa
#kerisauan
#terkenang
#menanti
#memori
hati ini sedang berduka
menangis
meratapi
semuanya ketentuan
bilakah masanya
menanti
dan masih terus
menanti
keseorangan
tidak mampu
YA ALLAH
secebis kekuatan
untuk kekal tabah
berlakon
dan berlakon
seperti semuanya
biasa sahaja
Monday, March 10, 2014
HOPING
Ya ALLAH...
Jika itu mmg tkdir
itu mmg ketentuan-MU
aku redha
tapi, jujur dalam hati
aku tidak bersedia
Ya ALLAH
permudahkanlah
janganlah kau sulitkan
kau terangkanlah ape yang gelap
kau mudahkan ape yang susah
kau kuatkan ape yang lemah
banyak kenangan bersama
aku tidak bersedia
untuk berpisah selamanya
jika itu mmg tkdir-MU
ku pohon secebis kekuatan
kau berikan kepadaku
kau berikan kepada keluargaku
mungkin hati ini pernah terdetik
perkara yang tidak sepatutnya
tapi ketahuilah bahawa
itu bukan maksud sebenar
hanya hasutan syaitan durjana
mainan emosi dan perasaan
HOPING THAT YOU WILL GET WELL
PLEASE BE AWAKE
Monday, February 17, 2014
TOPENG
bila mungkin topeng itu mampu ku buka
adakah dalam masa yang terdekat??
dengan memakai topeng
dapat ku sembunyikan
tetapi ku silap
ianya jelas kelihatan
semakin rapuh ku lihatnya
ibarat biskut marie di cicah air panas
apabila rapat
akan mendatangkan bahaya
adakah bahaya yang baik
atau bahaya yang buruk
tiada siapa tahu
termasuk diriku
hanya waktu dan tempat
akan menjadi titik penentu
apabila topeng ini ku buka
Monday, January 20, 2014
KEM KEPIMPINAN KEUSAHAWANAN 2014 (KKKS 2014)
Assalamualaikum and Hola!!!
Setelah sekian lama tidak mencoret di blog ini, sekarang terdetik pula untuk menceritakan mengenai Kem Kepimpinan Keusahawanan 2014, yang SHIRA pergi baru-baru ni pada 13-15 Januari 2014 betempat di D'Nelayan Beach Resort...
Pada mulanya, SHIRA tak teringin and tak terfikir pon nak pergi kem-kem macam ni.. Apetah lagi bukan dengan my geng.. Biasenya kalau travel ke, camping ke, hiking sekalipun, mesti ngn geng foresterlicious... Tapi kali ni berbeza... Kisahnya macam mane SHIRA boleh terjebak dengan kem ni adalah disebabkan oleh my roomate.. Time tengah study malam tu sebab ader paper next morning, roomate tetibe jer tanya nak g kem ke tak.. SHIRA kate nanti SHIRA fikir dulu.. Sebab biasenya, habis je exam, mmg terus balik rumah.. Tapi, die punyalah pandai, instead waiting for my decision, die terus bagi name penuh, num matrik and others related info. SHIRA mampu tergelak jer and tak ambik kisah pun.. Then, suddenly dapat call dari pihak CEM, UPM stated that SHIRA kena pergi pejabat CEM and settlekan payment.. Hahaha... Time tu, baru terfikir yang "habislah kau SHIRA, kau takleh nak buat ape pun. Kau kena pergilah kem tu jawabnya."
Tiba pada hari yang ditunggu-tunggu, 13 Januari 2014 (tunggulah sangat)... Kiteorang dapat mesej yang menyatakan we should bring either baldi, penyapu, penyodok sampah or feather duster.. Aish, dalam hati dok fikir... Ape bndalah ni semua ni.. Nak berbaldi-baldi bagai.. Macam kem hutan pulak rasenya ngn baldi-baldi ni... SHIRA bawak feather duster for your info.. :) Kumpul pukul 7.30 pagi dekat KAA, lepas sarapan kami semua bertolak ke Melaka.......
Akhirnya sampai Melaka!!! Sampai-sampai ajer, kiteorang diberi sedikit taklimat ringkas then dapat makan lunch.. After lunch, kiteorang dapat bilik masing-masing which a room consist of 6 people with 4 single bed and complete with tv and air conditioner.. Hmmm... Nice.. :) Lepas dah bersihkan diri, solat, kiteorang ader sesi ice breaking.... Ice breaking kali ni yang paling unik yang pernah SHIRA join.. Ice breaking die bukan sekadar kenalkan name, asal, umur semua tu, tapi kiteorang kena buat PUBLIC SPEAKING... Hah!! Hambik kau.. Tak pernah dalam sejarah hidup pergi kem sejak dari darjah 3 lagi, Ice breaking die public speaking.. SHIRA dapat tajuk "RASUAH : Kesannya kepada Negara." and we need to talk about 3 minutes.. Alhamdulillah, everything goes well and SHIRA dapat cerita pasal tajuk tu dengan fluent... :p Kalau tak salah, petang tu kiteorrang kena buat questionnaire and interview penduduk sekitar kawasan resort yang kiteorang tinggal tu.. Nak tau tentang pendapat masyarakat sekarang pasal ekonomi negara.. This is not the first time SHIRA buat questionaire, so there is no problem with it. Alhamdulillah...
Then, next day pagi-pagi lagi sebelum pukul 6.00 pagi, kiteorang kena berkumpul dekat dewan makan.. Dalam hati dok fikir.. "Aisyyhh, sebelum 6 pg? Ni kem Wildlife ke ape? Kem wildlife sebelum kol 6.00 pg dah kena melapor and masuk dalam hutan nak pergi checkpoint masing-masing untuk pasang net... (nnt SHIRA citer pasal kem ni yer.. )." Redho jelah.. Dalam pukul 5.00 pg, kiteorang semua dah bangun and bersiap.. Tepat pukul 6 pg, kiteorang dah kumpul dekat dewan makan.. Owh, lupe plak nk mention yang dewan makan tepi laut.. Hahaha.. Best sgt tgk laut pagi-pagi.. Tepat je pukul 6 pg, kiteorang pon berkumpul and solat dekat tepi laut. Hmmm.. Satu perasaan yang lain bila sembahyang dekat pesisiran laut, dengar air laut and ombak beralun.. Perasaan tenang yang tak dapat digambarkan melalui kata-kata kecuali kalaulah kite merasainya sendiri... Sebelum ni sembahyang dekat dalam hutan, atas bukit.. Tapi, kali ni tepi laut.. Lepas siap je solat, ader sedikit tazkirah dari abg hafiz. After that, kiteorang pakai pakaian riadah and kena bawak kain batik or kain pelikat masing-masing. Rupanya kiteorang main bola sepak pantai dengan pakai kain pelikat.. Hahaha.. Kelakar.. Ni first time experienced.. Sebelum ni tengok dekat t.v je and never expect to try this game.. Ade yang rupe mcm pendekar, ade yang macam pak cik - pak cik, ade yang macam pompuan melayu terakhir and ader je yang macam hang tuah pun ader.. What a nice game.. :) Dengan peraturan yang pelik-pelik macam tiang gol boleh bergerak lah bagai, ape lagi... Memang tiang gol asyik lari jer and tutup tak penah nak bukak-bukak..
Petangnya, kiteorang dah diberikan kumpulan and ader presentation tntang logo, cheers, visi and misi dari setiap group.. My group members are ARIF, ZUL, HAFEZ, TIQA, IKIN and LIZA.. Our group name is S3... Lepas siap presentation, kiteorang dapat tajuk untuk our mega project tahun 2014.. Kiteorang kena bincang and buat kertas kerja... Setiap group dapat projek masing-masing.. Then we had our EXPLORACE.. Ni first time join explorace yang rileks and lngsung tk berpeluh.. Tapi, kiteorang tetap basah.. How??? One of the task required us to get into the swimming pool and look for a coin. Tpi, kiteorang ni punyalah malang, terjun dalam kolam tu, kena buat grenade tapi tk jumpa-jumpa jugak. Rupanya, ader budak-budak yang dah amik semua duit dalam tu.. Ciss... In the end, semua group kena berkumpul and terjun dalam kolam renang tu. So, kite enjoy!! Lepas main dalam kolam renang, kiteorang kena kumpul dekat tepi laut. Then, kena grenade plk kat pasir.. Hahaha.. Habis badan bersalut pasir.. After that, kiteorang terjun dalam air laut!!! Fuiyoo.. Dapat mandi laut.. Tak cukup dengan tu, kiteorang ader permainan bina sand castle.. Hahaha.. Memang enjoy lah sepanjang petang tu... (p/s : seriously grenade ni buat aku teringat kat kem hutan aku yang kena grenade setiap mase sepanjang 2 minggu kt sane..)
Malamnya, kiteorang dapat task baru lepas main aktiviti cari pasangan anda, tanpa menggunakan mulut.. Tasknya cipta topi doraemon.. Topi yang tak masuk akal and berbagai fungsi.. Kena promote topi dengan iklan and jual topi tersebut with a reasonable price. Hahaha.. Group kiteorang yang kena pakai topi bertuah tersebut adalah Hafez... Macam gambar kt bawah ni...
Last day kiteorang dekat sini, lepas sarapan pagi, kiteorang kena bentangkan kertas kerja and segala belanjawan semua.. Lepas pembentangan kiteorang naik bilik and kemas barang.. Then, kumpul balik and we have a sharing sessions. Before that, ade sesi SURAT CINTA.. Untuk sesi ni, setiap orang diberi sampul dan dikehendaki menulis name.. Then, sampul tersebut akan disusun dekat depan.. After that, kiteorang diberi kertas kosong and tulis surat kepada orang yang kita nak, then sorang-sorang bangun and isi surat tersebut dalam sampul yang ader name orang tersebut... Lepas lunch, kiteorang tangkap gambar bersama-sama and then solat then BALIK!!!!! Time balik, dorang semua menyanyi karaoke dalam bus.. So happening.. :)
Objektif kem ni sebenarnya nak melahirkan pemimpim dan juga usahawan yang berjaya. Sebenrnya SHIRA tak sangka akan dapat eexperienced and also input yang bannyak sangat dari kem ni.. Betul-betul mengejutkan.. Hmmm, so sekarang ni me and my roomate target nk g lagi kem-kem macam ni.. Gambate!!! Until we meet again.. :)
Tuesday, December 3, 2013
CHIANG MAI AKU DATANG PART 1
Assalamaualaikum and Hola!!!
Lame rasenya tak mencoret di blog ni.. Banyak perkara yang dah berlaku sepanjang semester ini dan semester lepas yang dah berlaku, tapi tak sempat untuk diabadikan di dalam blog ni..
So, kali ni SHIRA nak update tentang trip kami ke CHIANG MAI, THAILAND selama seminggu time cuti pertengahan semester yang lepas. Time semua student balik and bergembira bersama keluarga di rumah, kami pergi melancong! :)
Ini ada video kompilasi hasil daripada IKIN SAGWA yang menceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku dan apa yang kami lakukan disana.. In Sha Allah, nanti bile SHIRA dah free sikit, SHIRA update dengan details yer.. :)
Enjoy it..
Lame rasenya tak mencoret di blog ni.. Banyak perkara yang dah berlaku sepanjang semester ini dan semester lepas yang dah berlaku, tapi tak sempat untuk diabadikan di dalam blog ni..
So, kali ni SHIRA nak update tentang trip kami ke CHIANG MAI, THAILAND selama seminggu time cuti pertengahan semester yang lepas. Time semua student balik and bergembira bersama keluarga di rumah, kami pergi melancong! :)
Ini ada video kompilasi hasil daripada IKIN SAGWA yang menceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku dan apa yang kami lakukan disana.. In Sha Allah, nanti bile SHIRA dah free sikit, SHIRA update dengan details yer.. :)
Enjoy it..
Subscribe to:
Posts (Atom)