Friday, July 12, 2013

KEM HUTAN PART 1



Assalamualaikum and Hola!!!

Lamenya rase tak menulis dekat blog nikan? Huhuhu.. Ok, entri kali ni SHIRA nak tulis tentang my FOREST CAMP yang berlangsung selama 2 minggu dari 24 Jun 2013 sampai 7 Julai 2013, bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam (SISFEC).. Rasenya ramai dah tau pasal SISFEC nikan? Berdasarkan entri-entri yang SHIRA post sebelum ni… 



Alright, starting pada 24 Jun pagi tu, pukul 5.45 pagi SHIRA dah gerak dari rumah nak pergi ke UPM. Awal gilewkan?? Memanglah awals ebab kena kumpul pukul 7.15 pagi katenya and nak elak jammed. Then, sampai2 je UPM jam baru pukul 6.15 pagi. So, we decided to have an early breakfast dekat area UPM…  Kalau perasan, sebelum nak pergi dekat K10 tu, ada R&R kan? Kat situlah we all had our breakfast.. Lupe plak nak mention. Yang hantar SHIRA time tu just my mom and my dad.. So, pagi tu rase macam anak tunggallah pulak..Hahahahaha..

Ok, dalam pukul 6.45 pagi, kiteorang gerak g fakulti. Tapi takde orang lagi yang sampai. So, we all waited there sampailah pukul 7.20 pagi, barulah Nampak  orang. Klau tak, haram… Sorang pun tak sampai lagi.. Lepas tu, SHIRA suruh my parents balik dulu sebab kesian lame dah tunggu.. Lepas dorang balik jer, SHIRA masuk dalam fakulti and then wait for the others. Dalam pukul 7.40 pagi, ramai dah yang sampai. Lepas tu kiteorang masuk dalam dewan and have a little talk from En.Zul and Dr.Norizah. Lepas talk, kiteorang dapat sarapan and then diberitahu nilah makanan terakhir yang sedap akan kiteorang makan dalam masa 2 minggu ni. So, semua paksa diri untuk telan meehun goreng pagi tu..



Pukul 9 pagi, lori and bus pon sampai… Mesti ade yang wondering, kenapa ade lori pulakkan??? Lori tu tempat kiteorang letak segala beg and baldi kiteorang yang seramai 169 orang ni.. Perghhh, memang penuh sih!!! Terkejut tengok.. Then, perjalanan kiteorang semua pon bermula… Bergerak dari fakulti dengan 4 ke 5 buah bas menuju ke destinasi..Mula-mula tu tak rase ape-ape, tapi bila dah Nampak jer signboard SISFEC, terus perut rase sakit, nervous  semua ader.. Time ni, SHIRA teringat FORESTERLICIOUS… Macam-macam pesanan and nasihat yang dorang bagi and that’s make me strong walaupun SHIRA pergi sorang-sorang without them…

Akhirnya sampai di SISFEC. Lepas aktiviti memunggah segala beg-beg, kiteorang terus beratur dalam group.. Before pergi lagi kiteorang dah tahu group kiteorang yang mane, so senanglah pagi tu.. First, dorang soh ltk beg dekat tepi, then angkat soh letak depan, then suruh pulak alih letak dalam baris. Macam orang ape ntah pagi tu. Kerja dok mengalih beg jer.. Hahaha.. Lupe nak mention. Waktu nak berbaris tu, SHIRA nampak my friends ader certain yang jadi fasilitator macam Debbie, rakib and bella. Nampak jer Debbie, terus tersenyum and melambai dekat die.. Dahlah kiteorang pakai baju same..Baju FORESTERLICIOUS time tu.. Adoi, semua dak-dak lain pandang kiteorang. Kantoi.. Hahaha…

So, then kiteorang disuruh keluarkan barang-barang larangan yang tak dibenarkan bawak. Well, SHIRA pun keluarkanlah.. Lepas tu setiapfasilitator group kutip. Guess what???? Rakib jadi my group fasilitator.. Fuhhh!!! Tuhan jer yang tahu betapa lega nampak muka Rakib time tu.. Rakib pun datang kat SHIRA tanya whether  I’m ok ke tak, sebab die cakap muka nampak macam tak ok jer.. Then, banyak kali jugaklah die datang tanya my condition.. Bersyukur sangat-sangat time tu…  Then, Debbie datang, raja datang, semua tanya my condition.. Alhamdulillah, takdalah SHIRA rase lonely sgt dekatsana.. THANKS GUYS… YOU ARE ALL AWESOME..

Then, kiteorang kena pasang khemah mengikut group. Sebelum tu, ade demonstrasi cara—cara nak pasang and simpan khemah. SHIRA terpilih pulak untuk pasang khemah dekat depan time tu. Cisss!!!! Time nak pasang tu, aderlah dengar-dengar suara Rafie and Agusnan sebut, come on SHIRA… Ngenglah budak2 berdua ni.. Lepas tu kiteorang dipecahkan pada laki and pompuan.So, lepas berbaris, setiap orang sebut no dari no 1 sampai no 10. Itu no khemah kiteorang. Then, SHIRA dapat khemah no.5, same ngn kakWida, Mastura and Rosmiri.. Huhuhuhu.. Lepas dah siap pasang khemah, kiteorang dapat pulak camp bed.. Hmmm.. So, kiteorang bukan tidur kat atas tanah, tapi atas camp bed… Takdalah sakit-sakit belakang kiteorang.. Lega..

OKlah, sampai sini dulu entri kali ni, nantikan sambungan KEM HUTAN PART 2 pulak…



Monday, June 17, 2013

A LETTER TO FORESTERLICIOUS

Assalamualaikum and Hola!!!!

Hari ni SHIRA nak tulis surat untuk my friends or lebih dikenali sebagai FORESTERLICIOUS...


Guysz, you all rock.. :) Harap ukhwah yang terbina ni akan berkekalan sampai akhirat nanti.. Lastly, SHIRA nak wish korang semua good luck and do the best in this exam... :)

Friday, June 14, 2013

LIBRARY PART 1

Assalamualaikum and Hola!!!

Hari ni SHIRA datang library kononnya nak study.. Well, kan sekarang ni tengah musim exam.. So, dengan azam dan semangat yang membara-bara nak datang untuk belajar... Biasenya kiteorang datang library dalam pukul 9 pagi.. Hahaha.. Then study sampai pukul 5 macam tu..


But, today entah ape kena ntah.. Semua melalut.. Bukannnya nak study, tapi dok main game, edit-edit gambar, fb, download cerita lah.. Ntah ape-ape ntah... Hahaha.. Maybe sebab library ni bapak gilew sejuk tahap gaban punyer, so memang takleh concentrate habis lah.. Oleh itu, kiteorang pun melalut dari kol 9 tadi sampai lah sekarang ni kol 4 ptg.. Hahaha.. And ini hasilnya... :)

ATHIRAH


ME

FINIE

Hahaha.. Ok, nak balik dah ni.. Huhuhu.. Nanti SHIRA upload lg gambar-gambar kiteorang study yer.. :P

Tuesday, June 11, 2013

JODOH

Assalamualaikum and Hola!!!!

Hari ni SHIRA nak cakap pasal jodoh. Sejak kebelakangan  ni, banyak je entri-entri or post-post pasal jodoh yang SHIRA bace.. Hmmm, apetah lagi bila kejadian ni berlaku sendiri dekat depan mata with people that are close to me. 

Well, jodoh ni memang semua di tangan TUHAN, tapi orang kate kalau jodoh tak dicari, takkan jumpa  or takpun, jodoh tu lambat. Is it true??? I really wonder if those word were true.. Macam kawan SHIRA ni, jodoh die tak pon die carik, tapi datang je bergolek-golek siap full pakej lagi.. Hah!! Ambik kau.. Huhuhuhu.. Tapi, bila jodoh dah sampai, dia pulak tak nak kat orang tu. Mak die pulak cakap, kalau orang nak kat kite, janganlah sombong pulak.. Macam tu pulak???

Kadang-kadang we just can’t accept who is the person that we are destiny with.. Tol ker??? Entahlah.. Bila tengok my friend ni, rase pening pulak fikir pasaal jodoh ni.. Laki tu nk kahwin cepat, tapi die nak study dulu.. Adakah jodoh sebenarnya sampai pada masa yang tepat or kite yang kena menentukan semuanya???
 


I really wonder… So, hari ni ada satu persoalan yang ditinggalkan and masih mencari jawapannya.. 

Wednesday, June 5, 2013

UJIAN

Assalamualaikum and Hola!!!

Hari ni SHIRA teringin nak cerita tentang ujian. Sejak kebelakangan ni, banyak ujian yang datang menimpa especially to my friends and orang-orang sekitar SHIRA. Ape pun, ujian yang ALLAH turunkan kat kita tu, takkan melebihi kemampuan kita. Sebab tu ALLAH turunkan ujian tu pada kita, sebab die tahu kita boleh mengatasinya. Walaupun pada kita, kita rasa macam tak boleh jer..

Tapi, that's what friends and family are for. Allah takkan biarkan kita tanggung semuanya sendirian. Kalu kita sakit, ada yang akan teman kita, bagi kita kekuatan. Kalau kita tak dapat nak stay kolej ke, takpe... Mesti ada hikmahnya kenapa ALLAH jadikan semua benda tu macam tu. Kita kena fikir positif and tengok disebalik kejadiaan yang menimpa kita. Memang lah orang cakap senang, tapi just think about it.. Allah turunkan hujan sebelum jadinya pelangi right??? So, just don't think about it to much..

Kadang-kadang, kita jangan ingat orang yang tak menunjukkan yang dia concern, die tak concern... Tapi, sebenarnya dia concern dalam diam. Dia tak nak jadi orang yang akan menyerabutkan dan menambahkan lagi masalah. Selain tu, mungkin orang tu takut tersalah cakap benda yang tak sepatutnya cakap or mungkin die jenis yang tak ttahu nak tunjukkan concern die mcm mana..

Walau macam mane pun, SHIRA nak wish semua GOOD LUCK untuk final exam ni and jangan stress ok??



Saturday, June 1, 2013

RUMOURS

Assalamualaikum and Hola!!!

Hari ni SHIRA terasa nak menulis tentangsesuatu. Mungkin kalau lebih dispesifikkan, SHIRA nak cerita tentang rumours. Well, seperti yang kite tahu, rumours is something yang kita sendiri tak tahu kebenarannya. Sebab tulah dia dipanggil rumours and not fact…

So, sejak dari zaman sekolah lagi or takpun, dari kita kecil kita sentiasa mendengar rumours. But, have we ever wondering whether all the rumours were true?? Do we ever take an effort to seek for the truth??? Sebagai seorang manusia biasa, memang kita sendiri kadang-kadang akan leka dan alpa. Leka dengan semua rumours tu..

Ape yang SHIRA nak tekankan dekat sini, walau apa pun rumours yang kita dengar, kita kena cari kebenaran dia dulu. Tak kisahlah samada kita menyiasat or kite just tanya tuan punya badan.. Hmmm.. mungkin ada yang pelik kenapa SHIRA tiba-tiba post entry tentang rumours nikan?? Huhuhuhu..

Well, actually sejak kebelakangan ni, banyak rumours yang SHIRA ada dengar di sekeliling SHIRA. Ada tu yang memang SHIRA sendiri tahu rumoours tu tak betul and ada yang SHIRA tak tahu tentang kebenarannya. So, SHIRA ambil jalan mudah untuk tanya je dekat best friends orang yang terlibat tu.. In the end, SHIRA tanya sendiri dekat tuan punya badan.And I found out that the rumours were not true at all.
Hmmm.. Jadi kawan-kawan sekalian, dari kita turut sama menyebarkan sesuatu yang tidak pasti, apa kata kita cari kebenaran dia dulu. Sekiranya memang sudah terbukti kesahihannya, barulah kita boleh bercerita dengan orang lain. Tapi, of course mesti dapat izin tuan die dulu lah.. K???? I just don’t want things like this akan effect hubungan kita sesame insan. Manusia itu mudah lupa. Sekiranya SHIRA terlupa, tlonglah ingatkan..

Terima kasih.. :)

JIKA KAU TIADA