Tuesday, April 29, 2014

SECEBIS KEKUATAN

saban malam
ku memikirkan
ku menangis
mengenangkan perkara yang terjadi

kau tak boleh menghukum
kalu kau tak mengetahui kebenaran
senang untuk berkata
kerana bukan kau yang merasai

apa yang mampu aku lakukan
hanya berdoa
memohon secebis kekuatan
agar air mata ini
tidak tumpah
saat berdepan dengan kebenaran

pahit
memang pahit
sakit
teramat sakit

Friday, April 4, 2014

AKU LEMAS

kau
aku keliru
aku haru
memikirkan apa yang berlaku
boleh tak kalu aku nak bangun
bangun dari mimpi ngeri ni?

tolonglah
aku merayu
aku pinta
kejutkan aku
sebelum aku tenggelam jauh
jauh dalam kesayuan
dan kemurungan

Thursday, April 3, 2014

KEJUTKAN AKU

saat manusia beradu
aku menangis berendam air mata
aku tak kuat
YA ALLAH

menangis dalam diam
takut sekiranya di dengari
ingin aku lepaskan segalanya
aku tak kuat

aku rapuh
aku mudah hancur
aku hampir musnah
tinggal nyawa-nyawa ikan

aku dah berazam
menjadi seorang yg tabah
berkata aku kental
tapi kenyataannya
setiap malam air mata ini mengalir

aku rase lemah
aku tak berdaya
kepura-puraan dalam kekuatan
aku tak mampu

tolonglah
aku merayu
kejutkan aku
bangunkan aku
tolonglah........

Wednesday, April 2, 2014

BERMAIN API

luahan demi luahan
kebenaran harus dicari
walau apa cara
akan ku lakukan

sekarang misi mencari kebenaran
aku tidak akan mudah diperkotak-katikkan
aku akan bangkit
bangkit membela orang yang aku sayang

silap engkau
cuba bermain api
api kemarahan dan kebencian
merupakan api yang paling merbahaya