Tuesday, December 3, 2013

CHIANG MAI AKU DATANG PART 1

Assalamaualaikum and Hola!!!

Lame rasenya tak mencoret di blog ni.. Banyak perkara yang dah berlaku sepanjang semester ini dan semester lepas yang dah berlaku, tapi tak sempat untuk diabadikan di dalam blog ni..

So, kali ni SHIRA nak update tentang trip kami ke CHIANG MAI, THAILAND selama seminggu time cuti pertengahan semester yang lepas. Time semua student balik and bergembira bersama keluarga di rumah, kami pergi melancong! :)

Ini ada video kompilasi hasil daripada IKIN SAGWA yang menceritakan sedikit sebanyak tentang apa yang berlaku dan apa yang kami lakukan disana.. In Sha Allah, nanti bile SHIRA dah free sikit, SHIRA update dengan details yer.. :)

Enjoy it..



Monday, September 23, 2013

FRIENDS

Assalamualaikum and Hola!!!!

Setelah sekian lame tak menulis sebarang coretan dekat blog ni, tetibe hari teringin sangat nak meluahkan sesuatu sebagai tatapan umum.... 

Well seperti tajuk dekat atas, FRIENDS.... What does it means actually??? Orang selalu jer bercakap yang kawan biar beribu, bercinta biar satu.. Hahahaa.. Well, memanglah betul kawan tu biar beribu, tapi dalam beribu-ribu kawan yang kita ader sejak dari kite sekolah tadika sehinggalah ke universiti or kite kerja nanti, ada ke kawan yang sentiasa di sisi kita bila kita perlukan??? Berada di sisi kita saat kita susah, saat kita jatuh?? Bantu kita untuk bangkit dan mengumpul semula kekuatan tersebut???


Alhamdulillah.. SHIRA dah jumpa kawan-kawan tersebut yang diutuskan oleh ALLAH S.W.T untuk berada disamping SHIRA sewaktu SHIRA susah and jatuh.. Mereka bantu SHIRA untuk bangkit mencapai cita-cita... You know who you are.. SHIRA rase SHIRA tak perlulah sebut... Huhuhuhu.. Nanti korang malu pulak.. :P


And more more thing. Just a little reminder.. Dalam berkawan, janganlah kita biar ego menguasai diri kita.. Ego tersebut boleh memusnahkan persahabatan tanpa kita sedar.. Kalau ader salah faham, clearkan... Jangan nak pendam and buat assumption sendiri.. Perkara-perkara macam nilah yang boleh menjejaskan persahabatan dan ukhuwah yang dibina...

By the way, GIRLS..... I LOVE YOU.. :)

















In Sha Allah.. Segalanya akan SHIRA kenang walaupun nanti pada suatu saat kite semua dah tak bersama lagi.. :) Saranghae.. 

Thursday, July 18, 2013

KEM HUTAN PART 2

Assalamualaikum and Hola!!!

Ape khabar semua? Well, entri kali ni adelah sambungan daripada KEM HUTAN PART 1.. Hope enjoy it..

Lepas pasang semua khemah, kiteorang  kena bersihkan pulak tempat memasak sebab dorang potong pokok kat situ. Pergh, bergotong-royonnglah kiteorang.. After that, berkumpul kat dalam dewan pulak. Dalam dewan, first aktiviti yg dilakukan ialah pengenalan  kepada urus setia and fasilitator… Lepas tu, AJK Kem Hutan 2013 pun dipannggil keluar untuk perkenalkan diri sendiri.. Dekat dalam group SHIRA ader AJK Logistik and AJK Keselamatan. Waktu semua AJK kena panggil keluar tu, Penghulu pulak cramp time tu.. Kesian die.. Tapi, die still teruskan sesi tu… Habis jer sesi penngenalan semua tu, kiteorang ader aktiviti Kumpulanku.. Time nilah kiteorang dapat berkenalan dengan group members. My group members consist of Luqman, Anwar a.k.a panjang, Fadhil, Arnold, Akmal a.k.a pak usu, Asfaezzah, Hafiza, Lim, Fatihah and Aizzah… Then, kiteorang perlu cipta cheers, logo and name kumpulan serta lukisan karakter setiap ahli kumpulan. Kemuadiannya ader sedikit taklimat tentang SISFEC. Hari tu kiteorang tidur pukul 11.30 malam…

Keesokkannya, rutin yang sama berulang. Roll-call pukul 5.45 pagi, then lepas solat subuh semua, pukul 7.00 pg ader roll-call lagi sekali. Time nilah kena nyanyi lagu Negaraku and Putra Gemilang. Lepas tu kena buat sedikit senaman ringan. Habis jer buat semua tu, ader pulak Camp Management. Kena bersihkan kawasan sekitar camp mcm tandas, padang, tempat memasak, dewan and others... Timelah nak mandi, nak kemaskan kawasan kem, nak masak, nak makan… So, kena pandai2laah uruskan masa.. Tapi, kiteorang ni ader bad attitude. Selalu lambat.. Selalu kena marah.. Terima jelah.. Walaupun SHIRA ni selalu jer awal.. Hahahaha.. Ala, biaselh tuu.. So, program hari ke-2 ader leave no trace & asas pengurusan khemah, keselamatan & kesihatan di hutan, asas dan aplikasi tali, hhow and tips to survive in 14 days Forestry Camp.

Then, ader aktiviti kisah hidup bermula dari ibuku.. Huuhhuhu…. Modul ni dikendalikan oleh Kak Pah.. Sebelum start penerangan, kiteorang kena nyanyi lagu Oh Ibu!!! Pergh, sedih gilew sih time tu… Semua nyayi dengan penuh semangatlah. Tapi, bile tibe part yang tak tau tu, haahahaha semua nyanyi lallalalla then sambung nyanyi part yang tahu.. Dorang ni semua kelakar and happening.. Best… Lepas tu, barulah kiteorang meronda mengenali pokok ibu. Sampai jer 1 stesen ni kat Taman Herba, kiteorang kkena menyanyi lagi. Tapi kali ni penghulu yang nyayi dulu.. Lagu bunga Angkasa.. Hahhahaaha.. Karok lagi.. Then, ader aktviti pengemudian di lapangan and musika alam. Then mcm biase pukul 11.30 malam  jer semua dilepaskan tidur and sebelum tidur, ader group yang kena jaga sentry and lepas tu dapat password of the day..

Aktiviti ni diteruskan sehinggalah seminggu berlalu.. Untuk ttahu ape yang berlaku pada minggu ke-2, sila nantikan Kem Hutan Part 3, part last.. Hahahaa... :)

Friday, July 12, 2013

KEM HUTAN PART 1



Assalamualaikum and Hola!!!

Lamenya rase tak menulis dekat blog nikan? Huhuhu.. Ok, entri kali ni SHIRA nak tulis tentang my FOREST CAMP yang berlangsung selama 2 minggu dari 24 Jun 2013 sampai 7 Julai 2013, bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam (SISFEC).. Rasenya ramai dah tau pasal SISFEC nikan? Berdasarkan entri-entri yang SHIRA post sebelum ni… 



Alright, starting pada 24 Jun pagi tu, pukul 5.45 pagi SHIRA dah gerak dari rumah nak pergi ke UPM. Awal gilewkan?? Memanglah awals ebab kena kumpul pukul 7.15 pagi katenya and nak elak jammed. Then, sampai2 je UPM jam baru pukul 6.15 pagi. So, we decided to have an early breakfast dekat area UPM…  Kalau perasan, sebelum nak pergi dekat K10 tu, ada R&R kan? Kat situlah we all had our breakfast.. Lupe plak nak mention. Yang hantar SHIRA time tu just my mom and my dad.. So, pagi tu rase macam anak tunggallah pulak..Hahahahaha..

Ok, dalam pukul 6.45 pagi, kiteorang gerak g fakulti. Tapi takde orang lagi yang sampai. So, we all waited there sampailah pukul 7.20 pagi, barulah Nampak  orang. Klau tak, haram… Sorang pun tak sampai lagi.. Lepas tu, SHIRA suruh my parents balik dulu sebab kesian lame dah tunggu.. Lepas dorang balik jer, SHIRA masuk dalam fakulti and then wait for the others. Dalam pukul 7.40 pagi, ramai dah yang sampai. Lepas tu kiteorang masuk dalam dewan and have a little talk from En.Zul and Dr.Norizah. Lepas talk, kiteorang dapat sarapan and then diberitahu nilah makanan terakhir yang sedap akan kiteorang makan dalam masa 2 minggu ni. So, semua paksa diri untuk telan meehun goreng pagi tu..



Pukul 9 pagi, lori and bus pon sampai… Mesti ade yang wondering, kenapa ade lori pulakkan??? Lori tu tempat kiteorang letak segala beg and baldi kiteorang yang seramai 169 orang ni.. Perghhh, memang penuh sih!!! Terkejut tengok.. Then, perjalanan kiteorang semua pon bermula… Bergerak dari fakulti dengan 4 ke 5 buah bas menuju ke destinasi..Mula-mula tu tak rase ape-ape, tapi bila dah Nampak jer signboard SISFEC, terus perut rase sakit, nervous  semua ader.. Time ni, SHIRA teringat FORESTERLICIOUS… Macam-macam pesanan and nasihat yang dorang bagi and that’s make me strong walaupun SHIRA pergi sorang-sorang without them…

Akhirnya sampai di SISFEC. Lepas aktiviti memunggah segala beg-beg, kiteorang terus beratur dalam group.. Before pergi lagi kiteorang dah tahu group kiteorang yang mane, so senanglah pagi tu.. First, dorang soh ltk beg dekat tepi, then angkat soh letak depan, then suruh pulak alih letak dalam baris. Macam orang ape ntah pagi tu. Kerja dok mengalih beg jer.. Hahaha.. Lupe nak mention. Waktu nak berbaris tu, SHIRA nampak my friends ader certain yang jadi fasilitator macam Debbie, rakib and bella. Nampak jer Debbie, terus tersenyum and melambai dekat die.. Dahlah kiteorang pakai baju same..Baju FORESTERLICIOUS time tu.. Adoi, semua dak-dak lain pandang kiteorang. Kantoi.. Hahaha…

So, then kiteorang disuruh keluarkan barang-barang larangan yang tak dibenarkan bawak. Well, SHIRA pun keluarkanlah.. Lepas tu setiapfasilitator group kutip. Guess what???? Rakib jadi my group fasilitator.. Fuhhh!!! Tuhan jer yang tahu betapa lega nampak muka Rakib time tu.. Rakib pun datang kat SHIRA tanya whether  I’m ok ke tak, sebab die cakap muka nampak macam tak ok jer.. Then, banyak kali jugaklah die datang tanya my condition.. Bersyukur sangat-sangat time tu…  Then, Debbie datang, raja datang, semua tanya my condition.. Alhamdulillah, takdalah SHIRA rase lonely sgt dekatsana.. THANKS GUYS… YOU ARE ALL AWESOME..

Then, kiteorang kena pasang khemah mengikut group. Sebelum tu, ade demonstrasi cara—cara nak pasang and simpan khemah. SHIRA terpilih pulak untuk pasang khemah dekat depan time tu. Cisss!!!! Time nak pasang tu, aderlah dengar-dengar suara Rafie and Agusnan sebut, come on SHIRA… Ngenglah budak2 berdua ni.. Lepas tu kiteorang dipecahkan pada laki and pompuan.So, lepas berbaris, setiap orang sebut no dari no 1 sampai no 10. Itu no khemah kiteorang. Then, SHIRA dapat khemah no.5, same ngn kakWida, Mastura and Rosmiri.. Huhuhuhu.. Lepas dah siap pasang khemah, kiteorang dapat pulak camp bed.. Hmmm.. So, kiteorang bukan tidur kat atas tanah, tapi atas camp bed… Takdalah sakit-sakit belakang kiteorang.. Lega..

OKlah, sampai sini dulu entri kali ni, nantikan sambungan KEM HUTAN PART 2 pulak…



Monday, June 17, 2013

A LETTER TO FORESTERLICIOUS

Assalamualaikum and Hola!!!!

Hari ni SHIRA nak tulis surat untuk my friends or lebih dikenali sebagai FORESTERLICIOUS...


Guysz, you all rock.. :) Harap ukhwah yang terbina ni akan berkekalan sampai akhirat nanti.. Lastly, SHIRA nak wish korang semua good luck and do the best in this exam... :)

Friday, June 14, 2013

LIBRARY PART 1

Assalamualaikum and Hola!!!

Hari ni SHIRA datang library kononnya nak study.. Well, kan sekarang ni tengah musim exam.. So, dengan azam dan semangat yang membara-bara nak datang untuk belajar... Biasenya kiteorang datang library dalam pukul 9 pagi.. Hahaha.. Then study sampai pukul 5 macam tu..


But, today entah ape kena ntah.. Semua melalut.. Bukannnya nak study, tapi dok main game, edit-edit gambar, fb, download cerita lah.. Ntah ape-ape ntah... Hahaha.. Maybe sebab library ni bapak gilew sejuk tahap gaban punyer, so memang takleh concentrate habis lah.. Oleh itu, kiteorang pun melalut dari kol 9 tadi sampai lah sekarang ni kol 4 ptg.. Hahaha.. And ini hasilnya... :)

ATHIRAH


ME

FINIE

Hahaha.. Ok, nak balik dah ni.. Huhuhu.. Nanti SHIRA upload lg gambar-gambar kiteorang study yer.. :P

Tuesday, June 11, 2013

JODOH

Assalamualaikum and Hola!!!!

Hari ni SHIRA nak cakap pasal jodoh. Sejak kebelakangan  ni, banyak je entri-entri or post-post pasal jodoh yang SHIRA bace.. Hmmm, apetah lagi bila kejadian ni berlaku sendiri dekat depan mata with people that are close to me. 

Well, jodoh ni memang semua di tangan TUHAN, tapi orang kate kalau jodoh tak dicari, takkan jumpa  or takpun, jodoh tu lambat. Is it true??? I really wonder if those word were true.. Macam kawan SHIRA ni, jodoh die tak pon die carik, tapi datang je bergolek-golek siap full pakej lagi.. Hah!! Ambik kau.. Huhuhuhu.. Tapi, bila jodoh dah sampai, dia pulak tak nak kat orang tu. Mak die pulak cakap, kalau orang nak kat kite, janganlah sombong pulak.. Macam tu pulak???

Kadang-kadang we just can’t accept who is the person that we are destiny with.. Tol ker??? Entahlah.. Bila tengok my friend ni, rase pening pulak fikir pasaal jodoh ni.. Laki tu nk kahwin cepat, tapi die nak study dulu.. Adakah jodoh sebenarnya sampai pada masa yang tepat or kite yang kena menentukan semuanya???
 


I really wonder… So, hari ni ada satu persoalan yang ditinggalkan and masih mencari jawapannya.. 

Wednesday, June 5, 2013

UJIAN

Assalamualaikum and Hola!!!

Hari ni SHIRA teringin nak cerita tentang ujian. Sejak kebelakangan ni, banyak ujian yang datang menimpa especially to my friends and orang-orang sekitar SHIRA. Ape pun, ujian yang ALLAH turunkan kat kita tu, takkan melebihi kemampuan kita. Sebab tu ALLAH turunkan ujian tu pada kita, sebab die tahu kita boleh mengatasinya. Walaupun pada kita, kita rasa macam tak boleh jer..

Tapi, that's what friends and family are for. Allah takkan biarkan kita tanggung semuanya sendirian. Kalu kita sakit, ada yang akan teman kita, bagi kita kekuatan. Kalau kita tak dapat nak stay kolej ke, takpe... Mesti ada hikmahnya kenapa ALLAH jadikan semua benda tu macam tu. Kita kena fikir positif and tengok disebalik kejadiaan yang menimpa kita. Memang lah orang cakap senang, tapi just think about it.. Allah turunkan hujan sebelum jadinya pelangi right??? So, just don't think about it to much..

Kadang-kadang, kita jangan ingat orang yang tak menunjukkan yang dia concern, die tak concern... Tapi, sebenarnya dia concern dalam diam. Dia tak nak jadi orang yang akan menyerabutkan dan menambahkan lagi masalah. Selain tu, mungkin orang tu takut tersalah cakap benda yang tak sepatutnya cakap or mungkin die jenis yang tak ttahu nak tunjukkan concern die mcm mana..

Walau macam mane pun, SHIRA nak wish semua GOOD LUCK untuk final exam ni and jangan stress ok??



Saturday, June 1, 2013

RUMOURS

Assalamualaikum and Hola!!!

Hari ni SHIRA terasa nak menulis tentangsesuatu. Mungkin kalau lebih dispesifikkan, SHIRA nak cerita tentang rumours. Well, seperti yang kite tahu, rumours is something yang kita sendiri tak tahu kebenarannya. Sebab tulah dia dipanggil rumours and not fact…

So, sejak dari zaman sekolah lagi or takpun, dari kita kecil kita sentiasa mendengar rumours. But, have we ever wondering whether all the rumours were true?? Do we ever take an effort to seek for the truth??? Sebagai seorang manusia biasa, memang kita sendiri kadang-kadang akan leka dan alpa. Leka dengan semua rumours tu..

Ape yang SHIRA nak tekankan dekat sini, walau apa pun rumours yang kita dengar, kita kena cari kebenaran dia dulu. Tak kisahlah samada kita menyiasat or kite just tanya tuan punya badan.. Hmmm.. mungkin ada yang pelik kenapa SHIRA tiba-tiba post entry tentang rumours nikan?? Huhuhuhu..

Well, actually sejak kebelakangan ni, banyak rumours yang SHIRA ada dengar di sekeliling SHIRA. Ada tu yang memang SHIRA sendiri tahu rumoours tu tak betul and ada yang SHIRA tak tahu tentang kebenarannya. So, SHIRA ambil jalan mudah untuk tanya je dekat best friends orang yang terlibat tu.. In the end, SHIRA tanya sendiri dekat tuan punya badan.And I found out that the rumours were not true at all.
Hmmm.. Jadi kawan-kawan sekalian, dari kita turut sama menyebarkan sesuatu yang tidak pasti, apa kata kita cari kebenaran dia dulu. Sekiranya memang sudah terbukti kesahihannya, barulah kita boleh bercerita dengan orang lain. Tapi, of course mesti dapat izin tuan die dulu lah.. K???? I just don’t want things like this akan effect hubungan kita sesame insan. Manusia itu mudah lupa. Sekiranya SHIRA terlupa, tlonglah ingatkan..

Terima kasih.. :)

JIKA KAU TIADA


Wednesday, May 8, 2013

KELAS DR.ABU BIN ALI

Assalamualaikum and Hola!!!

Well, hari ni SHIRA nak cerita tentang KELAS DR.ABU… Interesting tak tajuk die?? Haahaha.. Cerita die lagi interesting.. Kelas DR.Abu ni sebenarnya adalah kelas ganti jer, sbb my lecturer tak dpt datang, die ade business kt Dubai, and ask Dr.Abu bin Ali, from UITM Shah Alam, ajar ART N DESIGN ( die ckp name die legend.. sbb dlm buku teks slalu pkai name Abu bin Ali, and we should be proud bcause boleh jumpe die.. Hehehe.. :) ).

Then we had a nice ICE BREAKING for two hours just by asking name, asal and food speciality kt tmpat asal kite.. Then, asyik dok gelak-gelak and huhahuha je banyak, bile tibe je part SHIRA, die tetibe marah, sbb tak tau nak cakap ape speciality makanan dkt Gombak.. :) Tapi, ade jer org yg tk dpt jwb, but die just fine jer.. Huhuhuuhu.. :) Yang menjadikan kelas ni lagi hangat dari biase ialah die punya lah marah sampai tengking-tengkinng dari atas pentas, die boleh turun and berdiri right in front of my eyes. SHIRA terus tertunduk and he ask me to look at him, tp SHIRA geleng kepala. Die tengking lagi soh tgk die, SHIRA still tunduk ang geleng kepala.. O.K, mood kelas dari happy-happy, terus senyap.. Kecuali boys yg kat belakang tu gelak mmg tak ingt dunialah.. Sebenarnya, SHIRA tunduk sbb tak tahan nak gelak, tp tk nk lah pndang muka die. Bile die soh pndng gk muka die, SHIRA mmg dah tk tahan gile2 gelak tu.. Tu yang geleng, tk nk tgk muka die..  Takut kalu tgk muka die nnt gelak tersembur.. Sampai berair mata and muke hbs semua merah2 dok tahan gelak.. :)  Nanti die ckp budak ni mmg tk sopan btullah plak kan.. Hahahaha.Tapi, still lah ader tersentak tu bile die tengking kan...

Lps kena tengking ngn die, SHIRA terus bngun ajak kawan g  toilet sbb tk thn nk g tandas. Sebenarnya dari sebelum ice breaking lagi dah nk g tandas, tp lps die tnya brulah nk g tandas.. Then, bile bgun je, trus die tnya nak g mane hah??? Kawan SHIRA ckp g tandas, die ckp OK.. Rupenya dlm mase yg same kawan SHIRA ni ader lah pndng boys kt belakang td and die tnya, nk g mne? My friend jwb nk tmn SHIRA g tandas. Then, dak laki td bgi signal, bawak je SHIRA tu keluar.. Bawak keluar g tandas.. Sort of lah, sbb pakai bahasa isyarat je pun.. Ok, nmpk die mcm concern.. SHIRA pon tk piker apelah kan..

Lpas hbs jer sesi suai kenal, then kiteorg diberi task supaya create something different from rubbish.. Then, one of my members, yg lelaki, tetibe ckp “SHIRA, kau ni nak g kem hutan, cubelah keras sikit.. Aku risaulah dgn kau mcm ni.. Cube keras sikit.. Risau aku..” Then, SHIRA ckplah, “ kau ni dah kenapa plk ckp mcm tu? Jgnlah buat aku takut.. Kau ni pelik-pelik lah.. “ Lps present semua, die ckp yg die mntk maaf kalu die ader termarah, tertengking, terusik semua tu.. Then, dorg g sebut nme SHIRA.. Die ckp, sory sbb die tk berniat pon.. Just sbb die nmpk SHIRA pendiam and pemalu.. ( Kalaulah die tahu perangai SHIRA yg sbnr.. Msti tk sanggup nk dgr SHIRA dok bercerita ). Then, kelas pon hbs dgn happynya.. Yang paling tersentuh bile die ckp yg kiteorang mmg best and our lecturer is very lucky to get us as her students.. :) Wehuhu.. Senyum sampai telinga sih.. Hahaha.. :)

After that, SHIRA and my friend lpk kt fak, die ckp yg kesian gile SHIRA kena mrh, sampai kena tengking2 bgai.. Die rase mcm nrhlah knapa nk tengking sampai macam tu.. Sbb yg lain semua time tu tersentak and terdiam.. Semua takut tgk muka die yg sampai dah merah-merah dok tengking-tengking SHHIRA.. Rupenya time SHIRA dok tunduk kepala tu, dorg ingat SHIRA nangis, takut and sedih bagailah.. Tapi, in the reality, sebab tak tahan nk gelak.. Hahahaha.. Kirenya dak2 ni concernlah kat SHIRA including boys, tapi just tk tnjukkan.. Huhuhu..  Sweet gitu :) So, dorg dok ingt yg SHIRA g tandas tu sbb nk nagis.. Hahahaha.. :) Sebenarnya nk g tandas nak buang air.. Kelakar lah semua ini.. Hahaha.. :)

Oklah, itu jer pon nak cerita sbnrnya dkt kelas Dr.Abu ni.. Just jgn judge someone before you know her. Tu jelah.. Hahaha.. :) And I got something from this class.. Jgn ingt org yg kite fikir die tk prnh tnjukkan die concern kt kite, die mmg tak concern. Tapi sometimes, dorg mmg tak tnjuk. Tak kiralah lelaki ataupun pompuan..

Tuesday, April 30, 2013

SUNGAI TEKALA, HUTAN LIPUR

Assalamualaikum and Hola!!!

Ape khabar semua?? Huhuhu.. Rase mcm dah ages tak update kat blog ni.. Kali ni SHIRA nk cerita tentang our field trip to Sungai Tekala, Hutan Lipur.. Ok, kiteorg g under kelas Silvikultur. Kelas ni basically mengajar kita tentang rawatan and care conserve forest in a better way lah.. 

Trip ni pada hari Ahad lepas, 28 April 2013.. Kiteorang start berkumpul dekat KTP  and then bas pon dtg dlm pukul 8.30 pagi.. Tapi suruh kiteorang dok berkumpul pukul 7.30 pagi.. Aiyooo.. Menggila dok bangun awal, bila sampai-sampai je kat tempat yang kena kumpul, satu manusia pon tkda lg.. Apelah.. 

Then, kiteorang naik 2 bus menuju ke destinasi.. Tak beberape jauh lah dari UPM. Actually sungai ni terkenal sebab biasenya sape yg dok g panjat Bukit Broga tu, majoriti die akan singgah mandi-manda dekat sini.. That's why lah hujung minggu mesti penuh..

SUNGAI TEKALA
           
Sampai je kat sane, kiteorang dihidangkan dengan sarapan and then ader sedikit taklimat tentang PRE-F inventory.. Iaitu amali yg kiteorang kena buat kat dalam hutan nnt. Well, lps je taklimat group dibahagikan and we start our job.. 



First, kiteorang dibawa ke Kompartment 1 dimana adalah Virgin Forest.. Then, kiteorang pergi plk kompartment 17, kawasan pembalakan pernah dijalankan 20 years ago.. So, we had to compare the current situation with the virgin forest in compartment 1. Nak tengok samade volume and silviculture treatments die same or berbeza result ngn virgin forest tu..

Taklimat dari Dr. Zaki

Ni antara gambar-gambar yang sempat SHIRA snap time my group members doing their job.. Huhuhu.. And the best part is, dorg tak tahu pon gmbr dorg ni di "snap ".. :)

tengah semangat nak ID daun

dok sibuk ukur DBH pokok

Bangga ader kawan mcm ni.. :P
After berhempas pulas and tunggang terbalik kat dalam hutan tu,  kiteorang pon keluar and suprisingly di sajikan dengan Lunch.. Wehuhuhu~~ Suka.. Orang jabatan perhutanan selangor ni mmg baik2 lah.. :) Lepas makan je, kiteorang semua dok tunggu bas sambil berdiri dalam kehujanan.. Tak sabar nak balik punya pasal.. Hahaha.. Ini antara aksi-aksi yg sempat dirakam waktu nk tunggu bas tu..



So, that's all for our field trip of the day.. Fuhh lega dah hbs satu.. Tapi, still ader bnyk lagi trip lpas ni.. Yang terdekat g Perak and Langkawi.. Nantikan.. Huhuhu.. :)

Monday, April 22, 2013

CINTA TANPA UNDANGAN

Assalamualaikum and Hola!!!

Well, hari ni SHIRA takda ape pon nak update.. Just nak update kata-kata ni yang SHIRA rase it's a nice word.. Tapi, tak taulah pada korang kan?? Hahhaha.. 

Kata-kata ni SHIRA ambil dalam novel GILER KAU yang tebal die around 1160 pages. SHIRA memang suka sangat membaca ni.. Especially LOVE story.. Hahaha.. Kalau lagi panjang, lagi better.. So, sekarang ni dah on the way to finish the book.. :)

# Suka dan cinta itu selalu datang tanpa perlu jemputan atau kiriman kad. Cinta akan datang denggan sendiri... Cuma kita tidak tahu siapa pemegang cinta kita itu...



p/s : mood tetibe nak jiwang plak.. :P

Saturday, April 13, 2013

TAMAN RIMBA TEMPLER

Assalamualaikum and Hola!!!

Hari ni SHIRA nak cerita yang rabu lepas SHIRA g UITM, Puncak Alam... G sane nak ambik my sis sbb we had a family problem skit.. Hahaha.. Yg pasti, bukan SHIRA lah yg drive. Mcm mne nk drive kan, lesen pon tkda lg.. Huhuhu.. Tkpe2, skarang ni tgh dok berazam nk ambik lesen supaya senang skit nnt.. Tol tk??

So, dalam perjalanan nk g Uitm tu, lalu lah dekat Tman Rimba Templer ni.. Well, first skali dok sibuk sgt bace novel kat dlm kete tu. Then, bile penat pandanglah kuar kete, lps tu blh plk nmpk signboard Rimba Templer..



So, i ask my dad.. "Ayah, ader plk Taman Rimba Templer kt sini??? Ape jer sebenarnya tmpt tu?? Ada ape kt dalam tu?? Ada hutan simpan ke??" Then my dad jwb, "Ooo... Dalam tu ader air terjun.. Best, walaupun air die tklah dalam mne pon. Tp, nice.."



SHIRA terpikir, aik, npe SHIRA tk prnah tau pon??? Musykil ni.. Sedangkan bukannya jauh sangat pon dari rumah.. Ni yg tak blh jadi ni.. Lps tu SHIRA tnya lg kat my dad.. "Ayah, nape kite tk pnh pergi pon?? Bukannya jauh pon dari rumah.." My dad bg jawapan senang jer.. "Mama tak pernah sound pon nk g.." Adoiyai... Rupanya kna tunggu my mom pulak sound.. Ape lg, balik jer, trus tnya my mom.. "Ma, npe kite tk prnah pon nk g Taman Rimmba Templer tu?? Bukannya jauh pon.." Then my mom ckp, "Eh!! Tak pernah ker? Ingtkan dah pernah pergi.." Hahaha.. Ok.. Start dari situ SHIRA dah berazam nk g TAMAN RIMBA TEMPLER ni.. Wait for me.. I'm coming Taman Rimba Templer....




Lokasi die terletak 13 km dari Bandar Rawang melalui Jalan Selayang – Rawang dan 21 km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Taman Rimba Templer terletak di dalam Hutan Simpan Templer yang merupakan sebahagian dari Hutan Taman Negeri, juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor. Hutan ini merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

Tarikan dan kemudahan yang ade dekat sini antaranya :





Owh, and satu lg, nak pergi sini boleh jer naik keter or yg tk reti drive mcm SHIRA ni, blh jer naik public transport sbb ader bas yg berhenti kt luar ni, then kena jalan kaki msuk dalm.. So, snng sikit.. :)

Thursday, April 4, 2013

MIMPI MENGENAI ULAR

Assalamualaikum and Hola!!!

Hari ni SHIRA nak tulis tentang tafsiran mimpi.. Well, actually SHIRA ada mimpi tentang ular hitam sejak kebelakangan ni, and mula-mula SHIRA ignore je.. Because rasenya bnda ni semua mainan tidur.. Tapi, mimpi yg sama asyik datang jer and mengangu tidur.. Start dri situ lah SHIRA google and find out about the tafsiran mimpi dipatuk ular..




Mimpi ular ditafsirkan dari segi sama ada ular itu mematuk,membelit atau kita bermain dengan ular tersebut.
Dalam kitab Fi Tafsirrulahlam oleh Ibnu Sirrin ada menerangkan secara mendalam tentang mimpi.
Sekiranya kita bermimpi dipatuk ular bererti sihir telah meresap masuk ke dalam tubuh kita.
Sekiranya kita bermimpi dibelit ular atau bermain dengan ular bererti sihir telah memberi masalah kepada kita.

Secara keseluruhannya,ular adalah haiwan yang ditakuti oleh manusia.Dan atas sebab itu jugalah Allah telah menyediakan kepada orang yang tidak solat,di dalam liang lahad nanti seekor ular yang bernama sakhar.Ular ini tugasnya adalah melaknat orang yang meninggalkan solat.
Sekiranya anda mendapat mimpi yang sebegitu maka rawatlah jiwa anda.Untuk mendapat mimpi yang baik maka sentiasalah tenangkan jiwa dan sentiasa membaca ayat suci Al-Quran.



Tetapi ader jugk yg mengatakan mimpi dipatuk ular bermaksud bakal mendapat jodoh.. Hmmm.. betul ker??? Yang penting kita janganlah terlalu memikirkan sangat.. Betul tak??? Hidup ni kena go on and sentiasa bersyukur dengan ape yg kite ade..


p/s : kalau betul dpt jodoh, sape ek?? hahaha.. :)

Wednesday, April 3, 2013

SAHABAT

Assalamualaikum and Hola!!!!

Hari ni SHIRA teringin cerita tentang SAHABAT.... Well, sahabat ni adalah orang yang selalu berada di sisi kita tak kiralah time kite senang or susah.. :) Itu pada pendapat SHIRA sendirilah.. Biasenya setiap orang ada definisi dan pendapat masing-masing... Betul tak???



SHIRA nak ucapkan terima kasih kepada kawan2 and sahabat-sahabat SHIRA yang sentiasa ade time SHIRA susah or senang... Especially to the "FORESTRLICIOUS"... Love you soo much.. :) Kalau korang takde, tak lengkaplah hidup ini sebagai seorang individu dan sebagai seorang insan... Thankszzz sebab sentiasa ader di sisi SHIRA time SHIRA memerlukan seseorang unnutk mengadu or meluahkan perasaan..


Sunday, March 31, 2013

SAAT DIKETUK PINTU HATI DENGAN HIDAYAHMU

mlm ni tetibe rase sayu dihati
menangis mengingati segala kejadian dalam hidup
YA ALLAH
sekiranya diri ini terpesong dari jalanmu
kau kirimkan lah penyelamat untk ku
sesungguhnya aku hnya hmbamu yg lmh

sedih sekiranya mengenang dosa-dosa lalu
ibarat tidak dapat memberi kemaafan pada diri sendiri
malu, sedih...
sayu sesayu-sayunya hati ini

Astafirullahalazim...
permudahkanlah urusanku
tolong tegur diriku kawan-kawan
sekiranya diri ini terlalu leka dgn duniawi

sesungguhnya aku rindu saat kali pertama
diri ini diketuk oleh hidayahmu
dan mlm ini
perasaan dan saat itu
kau telah hadirkan untukku
sekali lagi

In Sha Allah
ku cuba untuk perbaiki diri
agar menjadi seorang insan yg lbh baik
sedikit demi sedikit
kuatkan lah aku..........